Thursday, August 14, 2008

Bacaan Tersirat Semasa Mengambil Wuduk


** Sedikit untuk dikongsi bersama. Selamat beramal! **


Bacaan tersirat semasa mengambil wuduk

1) Membasuh muka“Ya Allah, Ya Tuhanku, serikanlah mukaku hingga ke hari akhirat”

2) Membasuh tanganTangan Kanan- “ Ya Allah, Ya Tuhanku, datangkanlah suratanku dengan tangan kanan”
Tangan Kiri-“ Ya Allah, Ya Tuhanku, jangan datangkan suratanku dengan tangan kiri”

3) Membersih sedikit atas kepala

“ Ya Allah, Ya Tuhanku, datangkanlah rahmat ke atas diriku”

4) Membasuh kedua telinga.

Telinga Kanan- “Ya Allah, Ya Tuhanku, datangkanlah pendengaranku dengan pendengaran yang baik baik”
Telinga Kiri- “Ya Allah, Ya Tuhanku, jangan datangkan pendengaranku dengan pendengaran yang tidak baik”

5) Membasuh belakang tengkuk.
“Ya Allah, Ya Tuhanku, jauhkanlah aku dari belenggu neraka”

6) Membasuh Kaki
Kaki Kanan- “Ya Allah, Ya Tuhanku, tetapkanlah kakiku semasa aku meniti siratulmustakim”
Kaki Kiri- “Ya Allah, Ya Tuhanku, jangan tergelincir hendaknya ketika aku meniti titian siratulmustakim”.

3 comments:

Maarif Ibrahim said...

Berkata Ibnu Qaiyim rahimahullah:
"Setiap hadis mengenai zikir ketika sedang berwuduk yang
dibaca oleh orang awam bagi setiap anggota wuduk adalah
bid'ah, tiada asalnya dari syarak. Hadis-hadis mengenainya
bercanggah dan dusta semata-mata. Nabi tidak pernah
mengucapkannya dan tidak pernah mengajarkannya kepada
ummah. Yang benar diterima dari Nabi hanyalah tasmiyah
(membaca bismillah) pada permulaan wuduk dan selepas (selesai)
berwuduk, tidak pula diriwayatkan sesuatu pun dari Nabi, tidak juga
dari para sahabat, tabi'in bahkan tidak terdapat dari imam yang
empat".
Tiada sebarang apapun bacaan, doa atau zikir semasa berwuduk,
sama ada sebelum atau semasa membasuh tangan, berkumur-kumur,
membasuh muka atau semasa membasuh setiap anggota-anggota
wuduk lainnya. Menurut Imam an-Nawawi rahimahullah:
"Semua doa-doa ketika sedang berwuduk tidak ada
asalnya (dari syarak), tidak pernah disebut oleh para salaf dan
tidak pernah disebutkan oleh orang-orang terdahulu di kalangan
Syafi’iyah. Maka dengan ini tidak diragukan bahawa do’a ini
termasuk bid’ah sesat dalam wuduk yang harus ditinggalkan.”

Maarif Ibrahim said...
This comment has been removed by the author.
F. Hilda said...

Salam Maarif,
Terima kasih kerana berkongsi ilmu. Sesungguhnya yang buruk datang dari manusia dan yang baik hanya dari-Nya.