Saturday, July 25, 2015

Homemade Baby Oatmeal with Apple Puree



My lil girl- Eria Erina (EE) is now 6 months old and ready for solid food.

Masa EE 4 bulan, I dah consult dengan pediatrician the best time to start solid food.
Doc cakap kalau leher dia dah kuat dan boleh control kepala dia tegak, bila calit sikit makanan dia tunjukkan movement untuk chew makanan & mula gerakkan mulut everytime tengok kita makan jadi boleh la explore untuk start makan.

 Antara solid food yang saya bagi ialah apple, banana, avocado, pear & sweet potato.
Cara penyediaan ialah steam (banana & avocado tak perlu steam pun takpe sebab tujuan steam ialah untuk lembutkan buah tu supaya senang di blend). Lepas steam, boleh blend sampai lah dia halus dan tak terlampau pekat untuk baby telan. Kalau pekat sangat boleh tambah susu badan/ formula milk atau sedikit air rebusan.

Of course kena ikot "4 days wait rule" before introduce to new food supaya boleh tengok baby allergy reaction (kalau ada).  Always introduce single type of food maknanya kalau banana, banana saja dan tak perlu mix dengan buah lain. Bila baby dah ngam dengan food tu, kita boleh start untuk campur kan ingredient.
Oatmeal, brown rice dan barley pun antara sumber grains yang boleh diberikan kepada bayi 6 bulan. Adalah juga I buat some research on baby food, mana lagi kalau bukan Ms. Google kan, sharing dengan kawan-kawan. To be honest, masa my first baby I just beli ready made & instant baby food from supermarket. Maklumlah first baby kurang ilmu, kawan-kawan masa tu kebanyakan belum kahwin dan takde baby lg. I antara yang paling awal kahwin, at age of 23 :) So, this time around I hope I am more prepared for this.

I decided to introduce oatmeal to EE. Step nak prepare Oatmeal ni rupanya amat mudah dan menjimatkan. Sekurang-kurangnya kita sebagai ibu tahu apa ingredient yang digunakan dan cara penyediaan pun pastinya selamat & bersih.


1. Beli organic oat, I bought mine at ColdStorage. Organic oat ni sama lah juga dengan oat yang kita makan tu. Cuma bezanya, untuk baby kita kena blend oat ni sampai halus dan jadi "powder" form. Bila dah blend, boleh blend banyak lepas tu simpan dalam bekas kedap udara & simpan dlm fridge. Bila rasa nak guna, ambil dan campur la dengan apa2 pun.

2. Didihkan air  (saya gunakan air rebusan epal supaya dia ada natural sweetener & flavoring skit. Nak pakai air kosong pun boleh), lepas tu tambahkan oat powder tadi. Sukatan dia (to be honest, saya ni jarang sukat-menyukat, saya ikut kata hati je, hahaha. Sorry ye, lepas ni kena sukat betul2 supaya consistent). Bila agak dapat kepekatan yang kita nak tu kira okay lah, kalau baby kecil lagi, buat bagi cair. Kalau baby dah besar macam 8 months above tu maybe nak bagi pekat dan ada tekstur sikit.

Kacau kacau kacau.


3. Dah dapat kepekatan tu, I add the apple puree (cara penyediaan apple puree ni simple je, kupas kulit, potong kecil2 lepas tu steam & blend sampai halus). Kacau oatmeal & apple puree bagi sebati.


4. Kacau sampai sebati. Disebabkan EE baru 6 bulan, saya nak pastikan dia lagi halus, jadi saya akan blend. Kalau baby 8 bulan ke atas tu dah ok, boleh tunggu dia suam dan terus bagi baby makan. Walla, dah siap!

5. Dah blend jadi halus. Yay siap!

6. Storage- The best part, kita boleh frozen kan dan buat stok. Kalau frozen boleh tahan up to 3 bulan. Bila nak makan, nyahbekukan dan letak dalam fridge biasa. Bila nak hidang, just reheat dalam microwave. Baby Food Storage Cup ni sangat mudah, kita simpan baby food dalam ni, masuk freezer, bila nak makan nyahbeku dan panaskan dalam microwave. Bagus kan bekas ni? 1 bekas saja yang kita perlu basuh.

Saya beli baby food storage cups ni di One Baby World, RM21.50 ada 8 cups.


Ada juga cara lain, pakai ice cube tray.



Boleh juga lepas tu simpan dalam ziplock bag ni untuk jimatkan storage space.

Senang & mudahkan. Tak perlu sediakan makanan setiap hari. Penatnye sekali sahaja. 

I hope you find this post useful and enjoy making your baby food!
Credit to Google for the photos.

 

2 comments:

ummi.milk.in said...

Salam Fiz,
thanks for sharing..Gud info.
nak tanya, fiz guna pengisar khas ke utk blend sampai halus tu?
bleh share blender yg ok ke?
TQ

F. Hilda said...

Wassaalam Ummi,

Saya pakai pengisar yang biasa brand Philips.
Saya tak invest pengisar khas untuk baby food sebabnya, saya selalu buat dalam kuantiti yang banyak.