Wednesday, December 7, 2016

Sindiket Curi iPhone di KLCC & Pavillion


Sedikit perkongsian dengan semua agar lebih berhati-hati dan menjadi teladan buat semua.

Sabtu lepas, saya dan family ke KLCC. Malang kali ini kerana iPhone6 saya telah diambil dari bag tangan saya. Kejadian berlaku di Bath & Body Works, KLCC.

Memang sebelum itu, saya perasan ada lelaki ni berjalan rapat dengan saya dan asyik melihat saya, bila saya masuk ke kedai tersebut. Tiba-tiba dia tak jadi masuk pula. Saya hairan dan rasa tak sedap hati, terus tengok handbag, phone dah hilang! 

Saya berjaya mendapatkan CCTV footage dari kedai tersebut.


kemungkinan besar, kecurian ini dilakukan oleh 3 individu, hanya beberapa saat sahaja untuk ambil barang peribadi anda. Perhatikan gambar berikut in sequence,
Dihadapan saya, lelaki berpakaian kemas, beg silang Gucci. Dibelakang saya, ada couple (lelaki berbaju hitam & perempuan)
Apabila saya masuk kedai tersebut, tiba-tiba lelaki tu tak jadi masuk. Saya stop la kejap sambil pandang je laki tu (tadi beriya-iya sangat nak jalan rapat nak masuk kedai, tibe2 tak jadi masuk plak. Pelik juga sebab apa lelaki tu sorang nak buat kat kedai barangan perempuan kan. Masa ni jugak la kemungkinan 'aktiviti curi iphone' ni berlaku, perasan tak couple tadi betul betul belakang saya. Kami berempat berada di spot yang sama.

Lepas tu lelaki yg block tadi dah kemana tah, then laki berbaju hitam tu pun beransur dan ada pandang kat saya bila saya terus berjalan masuk dalam kedai. Masa itu hati tak sedap dah, terus cepat cepat nak ketepi and check handbag. 

Lepas couple tu dah takde, mamat yang halang jalan tadi boleh tunggu jap depan kedai. Agaknya nak check line clear ke tak. Ataupun nak tengok sama ada saya dah perasan yang phone saya dah takde.



#sayabukanpolis #akibatbanyaktengokCSI #sekadarramalan

Sepantas kilat dierang ni buat kerja. Memang cara kerja ni berkumpulan, cube tengok ni, mungkin dapat bantu anda untuk elakkan peluang "pick pocket". Sorang tukang alihkan perhatian kita, sorang lagi tu jalankan kerja mencuri. Bag tertutup pun takde hal, boleh ambil juga barang. Cuba lihat video ini


Lepas tu, bila call no hp saya, dah masuk voicemail. Memang dah lesap la jawabnya. Saya cepat-cepat gunakan aps "Find My Phone" untuk locate phone saya dan terus aktifkan "Lost Mode". Kita boleh tinggalkan message macam "this is a stolen phone, please return it" dan masukkan no fon lain yang boleh dihubungi. Kita akan letak sekali passcode/pin number. Jadi bila owner jumpa balik phone tu, dia je yang tau pin number tu so bolehla unlock iPhone tu.


Bila phone dah off memang tak dapat detect location. 30 min lepas tu, phone on, lepas tu dia off balik dan 5 min kemudian, on balik. So dapat la detect location terakhir phone tu. Lepas tu, 3 hari saya tunggu, telefon tu tak on pun, maka tak dapat lah nak detect location.





3 hari kemudian, saya dapat message ni. Siapa tak excited dapat update location terkini iPhone yang kena curi tu kan. Tanpa berfikir panjang (sambil mengharap untuk dapatkan balik iphone kesayangan), saya pun klik link tersebut 

+62 tu dari Indonesia, lain kali perhatikan dulu kod nombor telefon dan jangan mudah terpedaya

Sekali lagi, tanpa berfikir panjang, nampak je perkataan "Apple Support" tu, terus saya key in Apple ID dan password. Kesalahan paling bodoh yang saya lakukan! Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga pula. Dah la iphone kena curi, lepastu, kena plak scam ni dan surrender password siap. Sah, memang dah terkena perangkap.

perhatikan juga link tersebut, boleh cuba copy paste link tu untuk sahkan kewujudan dan kesahihan link tersebut


Pada asalnya, saya dapat track both iPhone saya (yang kena curi dan yang baru), screen keluar macam ni. Yang bawah tu ada logo lock. Itu iPhone yang kena curi tu, lock dan phone lost mode.


Saya cepat-cepat hubungi Apple Support (risau lah kan sebab Apple ID & password dah bocor. Masa tu panik tak ingat, tak boleh fikir apa dah. 

For Apple Support Malaysia , boleh dial 1-800 803 638

Dierang suggest saya cepat cepat tukarkan Apple ID password saya dan katanya, don't worry, account saya selamat sebab dia check system tiada aktiviti pelik, selain dari penukaran password yang saya telah buat. 

dalam masa 5 min, iPhone yang kena curi tu, terus hilang dari radar saya. Terus takde dah dalam lost mode. Nampaknya, berjaya pencuri tu padamkan status lost mode dan terus hilangkan iPhone tracking tu dari saya. 


hebat betul pencuri alaf ini. Sehebat-hebat iPhone yang dikatakan mustahil untuk di unlock, terutamanya bila on lost mode dan lock, berjaya juga pencuri tu padamkan status lost mode.

Saya kurang pasti samada dengan Apple ID dan password tu dia boleh akses phone saya untuk lihat gambar dan sebagainya. Bila saya pergi ke service provider (DiGi), dia cakap bila iPhone in lost mode, pencuri kena tau pin number yang kita set tu baru boleh unlock phone dan akses phone kita. Tapi ni , siap boleh padamkan status lost mode. Hebat betul.

Lepas saya tukar password Apple ID saya, harini, saya dapat pula message ni. Tapi kali ni dah bijak la sikit, saya abaikan je message ni. Agaknya dia nak password terbaru saya?


Jangan ulangi kesilapan saya;
1. Tak check no tel SMS tu dan link yang diberikan
2. Ni kesilapan paling besar, pergi bagi username & password.


Rupa-rupanya, saya dapat tahu, ramai yang jadi mangsa seperti saya, modus operandi yang sama, hari yang sama, iPhone juga, SMS dari no telefon yang sama dan link yang sama! tapi dekat Pavillion. Dia pun kongsi pengalaman iphone isteri kena curi. 


Nampaknya, bukan saya sahaja, ramai lagi , seperti: http://mforum.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=26865


Jadi, berwaspadalah pengguna iPhone sekalian. Jangan jadi mangsa seperti saya. 
Bila jalan tu especially tempat yang sesak, lihat kiri kanan dan be alert dengan persekitaran anda. Handbag tu kalau boleh pakai yang jenis sling, bagi kedepan, supaya kita dapat lihat.

Bila saya tanya pekerja kedai tersebut, "selalu ke jadi kes ni?", jawapan dia "memang selalu, hampir tiap minggu ada kes. Handphone, purse/wallet, kadang tu siap potong tali handbag terus!" Ok yang ni scary. 

Sedih dan sakit hati rasanya. Tapi nak buat camana, benda dah jadi. Move on je lah. Semoga apa yang jadi pada saya, tak jadi kepada orang lain. Be safe everyone.

Thursday, July 28, 2016

Our third princess, Cahaya Camelia



 Introducing our 3rd princess, Cahaya Camelia,
born 16th May 2016, 8.30am weighing 3.45 kg via c-sect.

This is my third baby via c-sect. I probably need to blog in a separate post of why all my three kids are via c-sect.

Anyway, here's the precious moment, our very first photo with our newborn, few seconds after she was born. Welcome sayang :)

Money shot. One of a life time memories.

In the operation theater. Photo taken by hubby using Theta 360 camera.

Cahaya Camelia, Day 5. Before we left the hospital.

Few days after sucking my milk :) 

1  month old 


2 months old.


I can't believe that I have to leave you soon. Maternity leave is over :(





Guilt Free Pancake

Guilt free pancake, low carb dan sesuai untuk mereka yang ingin kurangkan intake carbo dan yang berdiet Atkins. Resipi ni saya dapat dari kawan saya. Thanks to Wanie :)


Bahan-bahan:
1. Telur x 1 biji (cukup untuk seorang makan)
2. Cream cheese (pakai separuh)
3. Serbuk cinnamon *optional
4. Kalau nak perasa chocolate, tambahlah Unsweetened Cocoa Powder *optional

Caranya:
1. Blend kesemua bahan tersebut. 
2. Masak gunakan non stick pan/ olive oil/ butter (saya takde non stick pan, jadi saya pakai butter)






Bila saya dah malas, saya gunakan muffin tray dan pakai adunan yang sama. 
Jadi la MUFFIN hehe.

Ni dia breakfast muffin. Yang ni saya letak unsweetened cocoa powder. Untuk bagi dia tak melekat, saya gunakan canola oil spray.

Anak-anak pun suka. 

Selamat mencuba!



Resipi: Cauliflower Shrimp Pizza

Selepas mencuba Cauliflower Beef Pepperoni Pizza, saya nak cuba topping lain dan buat crust yang lagi nipis sebab lagi rangup. 



Bahan-bahan Cauliflower Pizza (dough):
1. Cauliflower (kali ni saya pakai sebiji yang saiz besar)
2. Parmesan cheese (beli di kedai bakeri lebih murah)
3. Telur x 1 biji
4. Parchment paper. Wajib. (supaya dough pizza tidak melekat)

Bahan-bahan topping "Shrimp Pizza"
1. Udang (dibuang kulit)
2. Bawang putih (dicincang halus)
3. Butter
4. Serbuk cili/ chili powder/ chili flakes
5. Serbuk lada hitam
6. Garam 

(Tumis olive oil dengan bawang putih, kemudian masukkan butter, serbuk cili, chilli flakes, serbuk lada hitam dan sedikit garam. Bila bau naik, masukkan pula udang. Udang separuh masak sahaja sebab lepas ni nak bake di oven pula)

7. Topping dia saya letak:
- Tomato Sauce
- Udang yang dah dimasak tadi
-Bawang besar
- Capsicum hijau
-Tomato
- Daun bawang
- Mozarella cheese
- Mayonaise kewpie (letak sedikit atas mozarella cheese) * Optional




Pada suhu 200, bakar dulu dough cauliflower tersebut di oven. Yang ini saya buat nipis tapi sebab dia besar, so saya bakar dalam 40 minit. Kalau nak lagi garing boleh la tambah masa. 

TIPS: Bahagian luar/kerak, dough lebih tebal supaya tak terbakar/hangus sebab bahagian dalam lambat masak, 

Dough cauliflower yang dah siap dibakar.

Letakkan tomato sauce. Saya pakai separuh tin.

Taburkan udang yang telah dimasak tadi.

Taburkan kesemua bahan topping yang lain. Ikut pada kreativiti masing-masing.

Taburkan mozarella cheese. Saya tambahkan sedikit mayonaise Kewpie.

Kita bakor dia! Bakar di oven pada suhu 250, masa ikotlah sampai nak garing/masak macamana. Hehe. Saya buat 40 min.

Tadaa ! Siap! Thin crust pizza! memang garing habis sebab husband suka garing-garing



Selamat mencuba!





Resipi: Cauliflower Beef Pepperoni Pizza


Since ramai yang request saya untuk share resipi Pizza Cauliflower. Here you go!

Cauliflower Crust Pizza (mengantikan dough tepung) sesuai untuk diet atkins serta diet low carbo intake. Makan lah banyak mana pun dan tak perlu risau pasal berat badan. Hehe. Bahan utama ialah Cauliflower (Bunga Kobis). Topping terpulang pada masing-masing.


Bahan-bahan Cauliflower Pizza Crust:

1. Cauliflower (utk size personal pizza, separuh cauliflower kecil sudah memadai)
2. Telur x 1 biji
3. Parmesan cheese (shredded/powder)
4. Parchment paper. Wajib. (supaya dough pizza tidak melekat)


Cara-cara:
1. Basuh dan tos cauliflower
2. Potong kecil dan blend sehingga hancur


 3. Setelah diblend, saya masak di frying pan untuk keringkan cauliflower supaya tiada air/moist untuk kita jadikan dough pizza tersebut. Masak agak-agak cauliflower tu tak berair. Tak perlu pakai minyak ye.

4. Bahan untuk diuli bersama cauliflower ialah parmesan cheese & telur.
Sebiji telur dah memadai supaya dough tak terlalu basah. Parmesan cheese pula bertujuan untuk 'hold' cauliflower supaya jadi dough yang cantik. Kuantiti parmesan tu biar elok untuk pegang dough tu. Saya gunakan satu paket. 

5. Lenyekkan dan buat shape bulat (siapa yang ada pizza pan boleh juga pakai). Kalau tak agak-agak la bagi jadi shape bulat. 


6. Tips: Bahagian luar/kerak biar tebal sebab kalau nipis nanti bahagian tersebut akan cepat terbakar/hangus. Bahagian dalam/ tengah lambat skit nak masak. Bahagian dalam/ tengah ikut pada masing-masing,  jika anda suka dough tebal (tapi akan ada rasa cauliflower yang pekat). Saya buat sederhana sahaja. Kalau nipis jadi la thin crust pizza dan ranggup :)

7. Bakar pada suhu 200 selama 30 minit. Terpulang, jika mahu lagi garing, bakar lagi lama. 


8. Dah siap dah cauliflower pizza crust kita.

9. Topping terpulang pada masing-masing. Letakkan topping lepas tu bakar lagi di oven. Suhu 200 dan masa terpulang. Saya buat dalam 40 minit. Nak bagi beef slices and cheese melt.


10. Siap!

Bahan-bahan untuk "Beef Pepperoni"
1. Base: Gunakan Tomato Sauce (saya beli yg Preggo Traditional Tomato & Garlic)
2. Taburkan bawang putih (dicincang halus), beef slices (saya pakai brand Gourmessa sebab carbo dia cuma 3-4g sahaja), mozzarella cheese dan akhir sekali saya letak sedikit BBQ sauce.


Selamat mencuba!