Thursday, July 28, 2016

Resipi: Cauliflower Shrimp Pizza

Selepas mencuba Cauliflower Beef Pepperoni Pizza, saya nak cuba topping lain dan buat crust yang lagi nipis sebab lagi rangup. 



Bahan-bahan Cauliflower Pizza (dough):
1. Cauliflower (kali ni saya pakai sebiji yang saiz besar)
2. Parmesan cheese (beli di kedai bakeri lebih murah)
3. Telur x 1 biji
4. Parchment paper. Wajib. (supaya dough pizza tidak melekat)

Bahan-bahan topping "Shrimp Pizza"
1. Udang (dibuang kulit)
2. Bawang putih (dicincang halus)
3. Butter
4. Serbuk cili/ chili powder/ chili flakes
5. Serbuk lada hitam
6. Garam 

(Tumis olive oil dengan bawang putih, kemudian masukkan butter, serbuk cili, chilli flakes, serbuk lada hitam dan sedikit garam. Bila bau naik, masukkan pula udang. Udang separuh masak sahaja sebab lepas ni nak bake di oven pula)

7. Topping dia saya letak:
- Tomato Sauce
- Udang yang dah dimasak tadi
-Bawang besar
- Capsicum hijau
-Tomato
- Daun bawang
- Mozarella cheese
- Mayonaise kewpie (letak sedikit atas mozarella cheese) * Optional




Pada suhu 200, bakar dulu dough cauliflower tersebut di oven. Yang ini saya buat nipis tapi sebab dia besar, so saya bakar dalam 40 minit. Kalau nak lagi garing boleh la tambah masa. 

TIPS: Bahagian luar/kerak, dough lebih tebal supaya tak terbakar/hangus sebab bahagian dalam lambat masak, 

Dough cauliflower yang dah siap dibakar.

Letakkan tomato sauce. Saya pakai separuh tin.

Taburkan udang yang telah dimasak tadi.

Taburkan kesemua bahan topping yang lain. Ikut pada kreativiti masing-masing.

Taburkan mozarella cheese. Saya tambahkan sedikit mayonaise Kewpie.

Kita bakor dia! Bakar di oven pada suhu 250, masa ikotlah sampai nak garing/masak macamana. Hehe. Saya buat 40 min.

Tadaa ! Siap! Thin crust pizza! memang garing habis sebab husband suka garing-garing



Selamat mencuba!





No comments: