Monday, March 6, 2017

Daftar Anak Pra Sekolah (6 tahun, 2018) & Tahun 1 2019


Dhia will be 6 years old next year. So decided to enroll her to Government Pre School.
It's basically pre school but at government school, also in preparation for her Standard 1.

Apa beza Pra Sekolah swasta dan government?
Bayaran :) Kalau swasta, yuran tahunan/ pendaftaran sekitar RM1000 ke atas, bergantung kepada lokasi , kalau established pre school, lagi mahal la yuran nya. Kalau government, very minimal. Tak pasti pula berapa.

Syarat kelayakan ? Dalam website tidak dinyatakan ie. gaji. Bila pergi sekolah pun, dia cakap "awak cuba je apply". 

I have registered online for Pra Sekolah & Tahun 1 & submitted the hard copy of the registration form together with the supporting documents as required. 
Done 3 March 2017! Yay! Lega rasanya.



Since ramai yang tanya how to apply and register, so let me share my experience:

How to register? You need to register with the website and Login accordingly

SYARAT PERMOHONAN KEMASUKAN
a. Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
b. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2012 hingga 15 Januari 2014 sahaja yang layak untuk memohon. (Dhia born 11 March 2012, so boleh lah register)

Boleh baca full manual di sini 

Basically, 
1. Register
2. Print form & bawa document to school that you applied
(I have choosen SK Taman Melawati 2).
3. Done

Take note that dalam website tak mention that we need to make sure the documents are certified true copies. How to get it certified?
1. Pergi jumpa Nazir Masjid
2. Ketua Kampung
3. Government officials
4. Pesuruhjaya sumpah

I didn't know, bila nak submit tu, sekolah tak terima sebab dokumen tak certified true copy. 
Jadi apa lagi, melilau lah cari nazir masjid tapi takde. Last last pergi Pesuruhjaya sumpah

Dokumen apa? Make sure bawa yang original untuk sahkan salinan adalah benar
1. MyKid
2. Sijil Kelahiran
3. IC ibu dan bapa
4. Sijil kahwin 
5. Bil elektrik TNB/ bil air
6. Slip gaji ibu & bapa


Kalau pergi Pesuruhjaya Sumpah, per certified copy is RM4. 
Saya ada total 7 copies, so jadi la RM28 (tu pun dah save sebab IC ibu bapa copy in one page, bil elektrik/air pun satu page). 

Bagi yang duduk area Taman Melawati, ada 2 pesuruhjaya sumpah yang berdekatan:

1) Taman Melawati, deret belakang Espresso Lab
(note: Tutup hari Jumaat, Sabtu, Ahad)



2) Wangsa Maju dekat dengan Wangsa Walk
(opposite Avon)

Kalau kawasan lain, boleh call no ni untuk check senarai Pesuruhjaya Sumpah yang berdekatan kawasan anda 03 88804296

Dah settle certified true copies, akhirnya, sekolah accept application tu. Now, tunggu result pula.



Ok, untuk Tahun 1 pula, boleh pergi website ni https://public.moe.gov.my/
Macam biasa, kena daftar juga, ikut nombor IC.

Homework for parents before mendaftar:
1. Recce dulu sekolah mana anda nak hantar anak anda.

Macam saya, sekolah yang saya pilih tu :
i. dekat dengan rumah (less than 3km) supaya senang nak hantar & ambil, kalau ada aktiviti koku/ hari sukan ke apa, make sure dekat supaya senang nak pergi hantar & ambil. 
ii. Prestasi sekolah- yang ni kena ask around/ bekas pelajar dari sekolah tu (husband dulu sekolah situ).
iii. Environment sekolah tu (dari kawasan sekolah tu, kita bole agak "lifestyle" atau "population" camana kita nak anak kita bergaul). Ini hanyalah pendapat saya. 
iv. School condition- kalau PIBG sekolah tu strong, boleh tengok facilities dan landscape sekolah lagi terurus dan terjaga. Pendapat saya, banyak dana maka lagi terjaga lah keadaan sekolah tu.

2. Penting: Ada satu section tu, kena letak jadual imunisasi anak anda. Jadi buku yang ada rekod bila cucuk kat hospital/klinik tu, make sure ada dengan anda bila anda nak apply tu. Buku tu penting, kalau hilang, cepat-cepat cari atau dapatkan rekod dari pihak hospital berkenaan.


Sila baca panduan cara mendaftar online ye, 


Once you have completed the online application and printed out the “Senarai Semak”, at the end of the “Senarai Semak”, there is a list of what documents are needed to bring to the applied school. This one tak perlu true certified copies.

E.g.
1) Sijl lahir/Borang W/Sijil Anak Angkat (original & copy)
2) Bil Utiliti (Bil elektrik TNB/Air) (original & copy)
3) Kad Pengenalan Ibu bapa/Penjaga (original & copy)
4) Surat Nikah/Surat Daftar Perkahwinan/Surat Cerai (sekiranya berkaitan) (copy)
5) Surat Hak Penjagaan/Perintah Mahkamah (sekiranya berkaitan) (original)
6) Laporan Doktor & Kad OKU (sekiranya berkaitan) (original & copy)

Lepas tu, kena print juga kebenaran supaya anak anda diberikan vaksin disekolah, kena sign surat tu dan submit sekali dengan registration form yang dah diisi online, supporting documents.

Dalam website tak de mentioned ni, bila saya submit kat sekolah, dia minta envelope & setem untuk pos result penempatan sekolah.  Masa tu dah malas nak patah balik pi kedai since da dapat pas pelawat (nak kena register balik etc), jadi beli je, sekolah tu jual envelop & setem RM2. Tak pasti pula size apa & setem berapa sen.

Selamat mendaftar!




1 comment:

IzCorp Synergy said...

Assalamualkaikum cik Hilda..
Saya MOHD ISA NOORDIN pesuruhjaya sumpah yang dipaparkan dilaman blogspot cik hilda.
saya berterimakasih keatas sokongan terhadap saya.Adalah dimaklumkan Pesuruhjaya sumpah adalah dilarang sama sekali mempamirkan/ mengiklankan cop mohor dan tandatangan ianya adalah menyalahi peraturan undang-undang pesuruhjaya sumpah. Justeru itu saya memohon agar Cop mohor dan tandatangan saya di keluarkan dari bloger cik Hilda bagi mengelakkan sebarang pemalsuan yang dibuat oleh pihak lain. Sukacita mengambil tindakan segera bagi menjaga kepentingan saya. Terima kasih.